UKM & MSC Trustgate Perkukuh Kerjasama Demi Masa Depan Keselamatan Siber Negara

MSC Trustgate.com Sdn. Bhd. berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) bagi menyokong pembangunan ekosistem keselamatan siber negara.

Kolaborasi ini memberi tumpuan kepada penyelidikan, pembangunan modal insan serta inisiatif berkaitan Public Key Cryptography (PKC) dan Post-Quantum Cryptography (PQC), sejajar dengan aspirasi Pelan Migrasi PQC Kebangsaan ke arah memperkukuh keselamatan digital negara.

Terima kasih kepada UKM atas kepercayaan dan komitmen dalam menjayakan kerjasama ini. Semoga kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada inovasi serta pembangunan bakat yang mampu menghadapi cabaran landskap keselamatan siber masa hadapan.

📰 Baca artikel penuh di:
https://www.ukm.my/beritaukm/kolaborasi-ftsm-ukm-dengan-msc-trustgate-sokong-pelan-migrasi-pqc-kebangsaan/

#MSCTrustgate #UKM #FTSMUKM #CyberSecurity #DigitalTrust #PKI #DigitalSignature #PQC #PostQuantumCryptography #NationalCyberSecurity #MalaysiaCyberSecurity #TrustInDigital